Apakah usaha kita dalam mencari redha Allah SWT? Rasanya setuju tak
kalau saya katakan yang sebahagian kita yang lahir dalam keluarga Muslim
kurang merasai nikmat Islam berbanding mereka yang mencari nur dan
hidayah dan memeluk Islam hasil dari pencarian?
Dalam kata mudah, kita yang lahir dan peroleh Islam kerana ibu dan
bapa kita Islam ini kemungkinan tidak merasai kemanisan Islam berbanding
sahabat-sahabat mualaf kita yang mencari hidayah dan petunjuk Allah
SWT.
Setuju? Tak setuju?
Yang lebih manis, saya peroleh sahabat-sahabat baru yang menyapa dan
menghulur jabatan ukhuwah yang ingin menjalin persaudaraan di samping
bertukar-tukar pandangan dan ide hasil dari 'cerita dari hati' yang saya
kongsikan di laman facebook ini.
Ramai yang memberikan kata-kata semangat untuk saya terus berkongsi
pengalaman hidup kerana mereka kata apa yang saya kongsi ini merupakan
jalan cerita mereka.
Mereka juga lalui apa yang saya lalui..
Saya amat bersyukur kerana medan maya ini menemukan saya dengan
begitu ramai sahabat yang denai kehidupannya serupa dengan apa yang saya
tempuhi.
Hebatnya perancangan Allah SWT kan?
Mereka doakan saya agar terus menulis untuk terus-terusan berkongsi
'cerita dari hati' ini kerana mereka rasa apa yang saya ceritakan ini
adalah cerita mereka yang telah lama ingin mereka kongsikan tetapi tidak
berkesempatan menukilkannya untuk dikongsi ramai.
Alhamdulillah..
Namun, antara ramai yang menghubungi saya itu, jiwa saya terusik
dengan seorang adik saudara baru yang memeluk Islam yang menceritakan
nukilan saya membuatkan beliau teruja dan bermotivasi untuk berusaha
mengenal Islam dengan lebih mendalam.
Subhanallah...
Di dalam mesejnya beliau turut berkongsi pelbagai pengalaman dan
'cerita dari hati' beliau bagaimana Nur hidayah Allah SWT membuatkan dia
memeluk islam dan berhijrah ke jalan yang diredhai ini.
Cerita-cerita beliau ini membuatkan saya merenung kembali akan
jauhnya diri ini menghargai kemanisan Islam kerana saya juga merupakan
antara mereka yang peroleh Ad-Deen secara percuma kerana dilahirkan dan
di bin kan sebagai pemeluk Islam dari hari pertama saya menghirup udara
di dunia ini.
Saya tidak mencari-cari...
Saya tidak lalui zaman gelap di mana Nur itu datang umpama sejalur sinar harapan..
Islam secara percuma yang saya peroleh ini..seakan-akan biasa-biasa
sahaja..kerana memang lumrah kita sebagai manusia jarang menghargai
sesuatu yang datang dengan mudah dan percuma, kan?
Bila membaca 'cerita dari hati' bagaimana hidayah itu menyapa beliau, saya rasa malu..
Saya rasa amat cemburu..
Saya rasa begitu kecilnya diri saya dalam konteks mengenal dan mencari redha Ilahi..
Talian ukhuwah yang kami bina dan perkongsian demi perkongsian yang beliau nukilkan benar-benar menyentuh hati saya..
Yang lebih menyentuh apabila dia menulis..
"Kak, saya amat gembira jika cerita-cerita saya ini boleh kkk kongsikan dalam nukilan-nukilan akak.
Moga ia akan menyambung rantaian 'cerita-cerita dari hati'
insan-insan yang yang juga mungkin mencari-cari Nur dan insan-insan lain
yang ceritanya sama dengan cerita saya.
Moga cerita-cerita ini bakal menjadi inspirasi mereka untuk menemukan Nur hidayah Allah SWT."
We Share, We Care kan?
InsyaAllah, doakan saya agar beroleh keupayaan untuk mengolah 'cerita dari hati' seorang adik yang bernama Nur ini, ya?
Saya akan mula berkongsi cerita ini dalam masa terdekat.
Insya-Allah..
No comments:
Post a Comment